Sedia kemudahan internet di pusat pemindahan

Foto RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Pengurusan Pusat Penempatan Sementara (PPS) mangsa banjir dan pihak sekolah diminta menyediakan ruang khas yang dilengkapi internet sekiranya perlu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, kemudahan itu wajar disediakan bagi membolehkan pelajar mengikuti kelas secara online dan mangsa banjir yang bekerja dari rumah.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika melawat 10 keluarga mangsa banjir yang dipindahkan di PPS Sekolah Kebangsaan Tiong di Dun Pasir Tumboh hari ini.

Turut hadir Adun Pasir Tumboh, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Kubang Kerian Prof Dr Mohamed Saat Ismail.

Turut hadir, Naib Ketua Bahagian Bersatu Kubang Kerian, Mohd Nasir Mohammad dan Ketua Serikandi Suzana Mahmod.

Mumtaz juga berkata, pelajar perlu mengikuti kelas secara online sebagai persediaan menduduki peperiksaan.

“Saya juga tengok seorang petugas yang juga menjadi mangsa banjir di SK Tiong melakukan kerja secara online di sini,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/12/2020