PAS akan terus menjadi pendamai

- Advertisement -

SEKIRANYA kita mengamati pertembungan di dalam PN. Ternyata PAS memang memainkan peranan sebagai pendamai antara parti Umno dan BERSATU. Tidak melampau jika kita katakan bahawa Presiden PAS adalah ‘king maker’ di dalam membawa dua kelompok tersebut untuk duduk berbincang. 

Keikhlasan beliau untuk melihat parti-parti ini bersama memang tidak disangkal. Beliau jelas melihat kemudaratan yang akan berlaku kepada negara jika parti Islam dan Melayu terus berpecah. Anehnya, orang Melayu jika mereka tidak bersetuju dengan sesuatu parti. Mereka akan menubuhkan parti baru. Inilah yang melemahkan Islam.

- Advertisement -

Malangnya, sikap beliau yang konsisten ini tidak diwarisi oleh sebahagian kita. Bahkan, parti-parti lain masih kekal melebarkan jurang sesama mereka. Media sosial mereka menjadi medan untuk menyerang sesama sendiri. Sepertinya mereka telah lupa mengenai 22 bulan PH memerintah Malaysia. Mereka inginkan keadaan itu berulang semula.

Beliau sangat memahami mengenai besarnya faedah jika parti-parti ini bersatu dan bersama. Sehingga beliau menitikkan air mata mengenangkan peristiwa pembentukan MN dan PN. Tidak melampau juga jika kita katakan bahawa Umno menerusi page FB Asyraf Wajdi dan Najib Razak begitu gemar bermain api menyerang BERSATU.

Kerana itu saya melihat Umno sebenarnya tidak akan melemahkan lututnya di hadapan BERSATU. Bagi Umno, merekalah yang sepatutnya menjadi abang dalam taawun ini. Semua parti mesti patuh kepadanya. Bahaya sikap ingin menguasai yang lain di dalam taawun seperti ini. Sudahlah BERSATU dan Umno. Berdamailah kalian. 

ABDUL RAZAK RAMLI
4 Disember 2020 – HARAKAHDAILY 4/12/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -