MB Perak gagal peroleh majoriti

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya yang berlangsung pagi tadi.

Advertisement

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, hanya 10 undi yang menyokong usul yang dibawa, manakala 48 undi tidak menyokong daripada 59 ADUN yang membuang undi.

Katanya, dewan akan ditangguhkan sehingga Rabu dan Rakyat Perak akan menerima Menteri Besar yang baharu dalam tempoh itu.

Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional (25), Bersatu (5), PAS (3), DAP (16), PKR (3), PAN (5), Gerakan (1) dan Bebas (1).

Bagi sesuatu usul untuk mendapat majoriti mudah, ia memerlukan sekurang-kurangnya sokongan daripada 30 ADUN. – HARAKAHDAILY 4/12/2020

Laporan lanjut menyusul.