KT dilanda air pasang besar, hujan sangat lebat

- Advertisement -

PADA 2 Disember menyaksikan bandar Kuala Terengganu (KT) mengalami banjir kilat ekoran air pasang besar dan taburan hujan yang sangat lebat.

Pada 3 Disember pula, hujan lebat berterusan dan air pasang besar juga dilaporkan berlaku pada malam tadi. Cuma agak bernasib baik, air pasang besar tidak bersekali dengan hujan lebat seperti hari sebelumnya. Rekod malam tadi di Stesen Sekolah Kebangsaan Kg. Gemuroh mencatatkan taburan hujan sebanyak 343mm dan di Stesen UMT pula mencatatkan taburan hujan sebanyak 182mm.

- Advertisement -

Lazimnya, apabila hujan melebihi 60mm dalam tempoh 2-4 jam ia akan mengakibatkan banjir kilat. Apatah lagi kalau ia bertembung dengan air pasang besar. Masih lagi bernasib baik kerana paras air Sungai Nerus tidak mencatatkan kenaikan drastik malah merekodkan bacaan menurun yang agak stabil.

Walaupun kelmarin agak lebih baik berbanding Rabu, sebahagian penduduk di kawasan rendah juga terpaksa menerima kesan limpahan air ini. Antara yang terjejas adalah sebahagian penduduk di Kg. Padang Hangus, sebahagian penduduk di Kg. Sungai Ikan dan lain-lain tempat yang terjejas akibat kawasan rendah dan aliran keluar bermasalah.

Petang kelmarin dan malam tadi dapat sama-sama menjenguk sebahagian warga penduduk yang ditimpa ujian ini dan membantu proses pemindahan bersama anggota APM dan Jabatan Amal Malaysia.

Bagi pihak rakyat, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua anggota petugas APM, JKM, Pejabat Daerah Kuala Nerus, PDRM, MPKK, Jabatan Amal Malaysia, Rela dan lain-lain pihak yang sentiasa berusaha membantu rakyat yang berada dalam musibah. Semuanya satu hati dan satu kepala dalam mendepani musibah.

YB USTAZ HAJI HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
ADUN Tepuh – HARAKAHDAILY 4/12/2020

- Advertisement -