296 mangsa banjir berpindah di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sehingga jam 10 pagi tadi masih terdapat seramai 296 mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di tiga jajahan di Kelantan.

Jumlah mangsa banjir tersebut dari 78 keluarga melibatkan jajahan Pasir Puteh, Kota Bharu dan Tanah Merah.

- Advertisement -

Paling ramai mangsa dipindahkan di Pasir Puteh iaitu seramai 200 orang dari 58 keluarga.

Mereka ditempatkan di PPS termasuk Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil seramai 67 mangsa.

Selain itu 37 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2.

Menurut portal e-Banjir.Kelantan di Kota Bharu pula terdapat 17 mangsa banjir ditempatkan di SK Tiong.

Manakala di Tanah Merah seramai 12 mangsa banjir ditempatkan di Balai Raya Kampung Padang Kijang.

Bagaimanapun cuaca di Kota Bharu dan kebanyakan tempat di Kelantan hari ini lebih cerah berbanding semalam. – HARAKAHDAILY 4/12/2020

- Advertisement -