Paras sungai di Kelantan lebihi paras bahaya

- Advertisement -

KOTA BHARU: Paras air Sungai Golok di Empangan Bukit Kwong menunjukkan bacaan melebihi paras bahaya.

Bacaan pada jam 10 pagi iaitu 23.73 meter melebihi paras bahaya 17.72 meter.

- Advertisement -

Manakala Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang mencatat bacaan 62.63 meter melebihi paras normal 62.00 dan Sungai Galas di Limau Kasturi pula melebihi paras normal 53.34 meter.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Sungai Lebir di Tualang Kuala Krai pula menunjukkan bacaan 22.16 meter di bawah paras normal 23 meter, manakala Sungai Kelantan di Kuala Krai melepasi 17 meter iaitu 18.98 meter.

Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah mencatatkan bacaan 9.74 meter di bawah paras normal 10 meter, sementara Sungai Golok di Jenob Tanah Merah melepasi paras normal 19.00 iaitu 19.74 meter.

Situasi serupa turut berlaku di Sungai Kelantan di Jeti Kastam Kota Bharu yang menunjukkan aras sungai melepasi paras normal pada 1.00 meter iaitu 1.25 meter.

Begitu juga di Sungai Kelantan di Air Mulih Pasir Mas yang menunjukkan bacaan melepasi paras normal 4 meter iaitu 4.89 meter.

Sungai Semerak di Pasir Puteh turut paras sungai melepasi paras normal 0.40 meter iaitu 0.81 meter. Situasi sama berlaku Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat meningkat 1.90 meter melebihi paras normal 0.70.

Sementara itu sehingga semalam hanya sebuah Pusat Pemindahan Sementara dibuka di Sekolah Kebangsaan Tok Deh di Rantau Panjang. Ia menempatkan 18 mangsa dari tiga keluarga. – HARAKAHDAILY 3/12/2020

- Advertisement -