Kenapa ultra kiasu pertahan Amerika Syarikat?

- Advertisement -

KENAPA ultra kiasu tidak bising bila Negara Islam dan Islam dilabelkan sebagai pengganas? Namun, bila Ahli Parlimen PAS sebut dalam Parlimen, Amerika Syarikat (AS) sebagai negara pengganas, bukan main ultra kiasu ‘bulung-bulung telebang di angkase’ seperti cacing kepanasan. Begitu lantang, mahukan tindakan dikenakan terhadap Ahli Parlimen PAS itu. 

Apakah betul dakwaan selama ini bahawa parti ultra kiasu menerima bantuan daripada luar negara untuk menewaskan pengaruh Islam di negara kita? Selama ini, apabila banyak Negara Islam dilabelkan sebagai pengganas, kamu diam. Pernahkah kamu pertahankan?

- Advertisement -

AS tuduh Negara Islam atau umat Islam pengganas, boleh. Kita sebut sikit atau kritik sikit, tidak boleh? Kamu belajar di UEC ke? Saya nak tanya kamu, Komunis itu pengganas ke tidak?

Kamu sedar atau tidak ultra kiasu, sekurang-kurangnya 37 juta orang hilang tempat tinggal, sejak apabila AS melancarkan perang melawan keganasan, selepas serangan di World Trade Center dan Pentagon pada 11 September 2001.

Perkara ini terdapat dalam laporan ‘Costs of War’ yang diterbitkan oleh Brown University di Rhode Island, sebuah universiti terkemuka dunia, juga berada di sana. Baca di sini [1].

Baca laporan tersebut, berapa banyak bilion telah dibelanjakan, nyawa yang hilang, penderitaan umat Islam, atas alasan memerangi keganasan. Keganasan yang tidak wujud, yang sengaja diwujudkan bagi memerangi Negara Islam.

Dalam laporan itu, ditekankan bahawa sekurang-kurangnya 37 juta, (48-59 juta), orang menjadi pelarian kerana campur tangan ketenteraan AS dengan nama ‘memerangi keganasan’ dan angka ini jauh lebih besar daripada jumlah orang yang hilang tempat tinggal sejak tahun 1900, kecuali Perang Dunia II.

Alasan ‘memerangi keganasan’ digunakan untuk campurtangan dalam urusan Negara-negara Islam. Pernahkah kamu bersimpati dengan penderitaan yang ditanggung umat Islam akibat campurtangan AS?

Sebagai negara kuasa besar dunia, apakah AS akan terkesan dengan kata-kata Ahli Parlimen PAS tersebut sehingga mahu memutuskan hubungan diplomatik? Kamu sengaja perbesarkan supaya dapat simpati AS? Bahaya orang macam ini.

Apa istilah yang paling sesuai diberikan kepada AS dalam soal ini? Pembela? Pejuang? Bukan pengganas? Dasar ultra kiasu tak sedar diri, tak tahu malu. Kamu tinggal di mana?

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 3/12/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

[1] https://watson.brown.edu/costsofwar/

- Advertisement -