Kelakuan kelompok ‘antirealiti’ yang membarah

- Advertisement -

SAYA baca sambil senyum melihat gelagat anti-SOP, antimask, antivaksin, conspiracy teorist, flat earther yang berkerumun di Facebook YB Khairi Jamaluddin dan YB Haji Ahmad Amzad Hashim. 

Mereka juga duduk hurung laman Sinar, TV Al-Hijrah, KKM dan banyak lagi. Kelakuan mereka ibarat seperti langau yang membaham sampah busuk. Baru para pembesar kita buka mata bahawa kumpulan itu menjadi barah dalam masyarakat. 

Rupanya tanpa sedar entiti yang seumpamanya itu sudah lama berkembang biak di Barat. German, antara satu contoh yang pelopori oleh mereka. Bukan setakat suara mereka vokal melalui media sosial, buat youtube, buat laporan yang skewed, tetapi mereka mula turun di jalanan.

- Advertisement -

29 Ogos lalu lebih 38,000 orang turun berdemo membantah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di Stuttgar. Begitu juga di Kota London, kumpulan yang berfahaman sama turun Trafalgar Square. Isu yang mereka utarakan adalah sama dengan kumpulan antivaksin di negara kita. Laungan dan karutan mereka:

(1) COVID-19 adalah konspirasi. Ianya telah dirancang, wabak penyakit itu bukan pandemik tetapi plandemik. (Kefahaman yang dipegang ini terlalu rigid sehingga terdapat di kalangan mereka sanggup membunuh atas dasar perjuangan suci).

(2) Menuduh kerajaan manipulasi data kes COVID-19 dan kes kematian supaya rakyat ketakutan. Malah menghina kerajaan yang mengikut perancangan WHO.

(3) COVID-19 bukan serius pun. Ramai sembuh dan kematian 1-4 peratus boleh diabaikan, sambil mendabik dada mereka sihat sahaja berkumpul sedemikian. COVID-19 tak mari serang pun.

(4) Vaksin adalah agenda Islam. (Kumpulan ini terlalu amat anti kepada agama – anti-sementik, terutamanya Islam. Apabila berita 2 saintis Muslim yang mempelopori penemuan vaksin COVID-19, kemarahan mereka semakin meluap-luap)

(5) Mengagungkan tokoh-tokoh antivaksin di kalangan mereka seperti Dr Sucharit Bhakdi, Pakar Epidemiologi keturunan German-Thai. Saluran YouTube beliau viral apabila beliau keluarkan kenyataan tidak tepat dan ditokok tambah. Begitu juga antivaksin Wolfgang Wodarg, bekas Ahli Parlimen Social Democrats yang menuduh vaksin COVID-19 itu adalah agenda BigPharma untuk menjadi kaya. (Isu BigPharma ini sudah lama diputar-putar untuk menyedapkan selera tekak mereka).

Modus pergerakan mereka adalah sama dengan kumpulan antivaksin dalam negara, cuma dekat Malaysia, antivaksin berselindung sebalik agama. Ucapan mereka bersulamkan Sunnah kononnya.

Tidak mustahil akan ada demonstrasi jalanan berlaku dalam negara kita jika perkara ini tidak dibendung dengan segera oleh kerajaan.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 3/12/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -