Sudut lain dalam kehidupan Imam Al-Busiri

QASIDAH Burdah boleh dikatakan majoriti orang Islam pernah mendengarnya. Ia merupakan syair pujian kepada Nabi S.A.W yang paling masyhur sepanjang zaman. Rupanya Qasidah Burdah ini antara syair terakhir yang dikarang oleh beliau. Sebelum itu beliau banyak menulis syair-syair berkaitan isu kemsyarakatan, politik dan mengkritik pegawai-pegawai kerajaan yang korup, rasuah dan salah guna kuasa.

Oleh kerana beliau sendiri bekerja dengan kerajaan dan tidak reda dengan rasuah, korup dan salah guna kuasa yang berlaku beliau ditindas, dibayar gaji lewat, dibuang kerja, dibenci rakan sejawatan dan dalam masa yang sama disayangi orang awam kerana beliau tegas menyuarakan masalah orang ramai yang menjadi mangsa pegawai-pegawai kerajaan yang rasuah dan mengambil harta secara haram.

Advertisement

Disebabkan itu hidup beliau sangat fakir sehingga beliau menulis syair yang menggambarkan bahawa kefakiran telah menghilangkan kasih sayang antara beliau dengan isterinya. Isterinya seorang yang subur dan sentiasa melahirkan anak. Anak yang ramai ditambah kefakiran mewujudkan suasana yang pahit dalam kehidupan berkeluarga. Sehingga Imam Busiri menggambarkan dirinya sebagai 

“Suami kepada janda, bapa kepada anak yatim.”

Yang bermaksud isterinya ada suami tetapi seperti janda yang tiada suami, anak-anaknya mempunyai ayah tetapi seperti tiada ayah kerana kemiskinannya. Akhirnya hayatnya beliau mengarang Qasidah Burdah yang menjadi penawar kepada kesusahannya selama beliau hidup. 

USTAZ MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 2/12/2020

[1] https://www.sasapost.com/al-busiri/?fbclid=IwAR2yjZd3qU_7PNWDSP6p7X9rkP8emwXYDvARHFPYoTTmXJVQ3fr5-uFFiDs