MEDAC peka perkembangan koperasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil inisiatif menerusi pelan pemulihan usahawan dan koperasi bagi memastikan momentum perniagaan kembali stabil pada masa akan datang walaupun penularan Covid-19 memberi kesan kepada aktiviti koperasi.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, prestasi dan perniagaan koperasi mengalami kemorosotan sebanyak 32 peratus yang menyumbang kepada penurunan pendapatan koperasi hingga 33.9 peratus.

- Advertisement -

“Kesan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) turut menunjukkan hanya 39 peratus masih beroperasi manakala sebanyak 17 peratus perniagaan telah berhenti dan lebih 42 peratus koperasi mengalami masalah kecairan tunai disebabkan kekurangan modal pusingan terutamanya koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan dan penjagaan kesihatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan telah membantu sektor
koperasi berupaya kekal menjana pendapatan termasuk memudahkan permohonan
pembiayaan tanpa cagaran di bawah tabung modal pusingan suruhanjaya koperasi.

Beliau menjawab pertanyaan bagi jawab lisan Hasan Arifin [BN-Rompin] meminta kementeriannya mengulas berapa sumbangan pergerakan koperasi dalam negara kepada KDNK di Dewan Rakyat, hari ini.

“Jadi, saya berpendapat memang betul ada banyak halangan-halangan perundangan
yang ada pada kita sekarang tidak selari dengan kemajuan koperasi itu sendiri yang
perlu dipinda secara menyeluruh undang-undang koperasi tersebut,” jelasnya.

Justeru, pembiayaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hingga 16 November 2020 mengeluarkan sebanyak 5.11 juta bagi 104 buah koperasi secara tidak langsung bantuan ini dapat membantu memulihkan ekonomi negara sepanjang penularan Covid-19. – HARAKAHDAILY 2/12/2020

- Advertisement -