Makna kesan parut di bahu kita

- Advertisement -

SOALAN yang bagus dari Farid Alwi. Sebelum itu minta periksa bahu masing-masing, ada berapa parut sebagai pengetahuan semua, sebelum tahun 1980, setiap bayi akan mempunyai dua parut.:

(1) Parut Vaksin BCG. 
(2) Parut Vaksin Cacar (Small Pox).

Jika anda tidak berparut langsung bermakna anda tergolong tiga kemungkinan:

(1) Lari semasa jururawat nak cucuk.
(2) Ibu-bapa anda menolak vaksin.
(3) Bukan warganegara Malaysia.

Selepas 1980 hanya satu sahaja iaitu BCG. Kenapa? Teknik vaksin BCG dan Cacar sebelum ini adalah cucuk bawah kulit. Kenapa bawah kulit? Sebab kajian mengatakan pada masa itu kaedah tersebut terbaik untuk mengaruh tindak balas imunologi. 

- Advertisement -

Tetapi sekarang hanya parut BCG sahaja yang diperolehi kerana vaksin Cacar sudah dihentikan (Penyakit Cacar sudah Pupus tahun 1979). Parut tidak berlaku dalam otot. Berlaku parut di kulit pun berbeza antara setiap individu. Oleh kerana cucuk di bawah kulit, parut akan terjadi. Namun parut bukan indikator utama yang mengatakan seseorang itu terbentuk imuniti atau tidak.

Anehnya mereka yang tak suka kepada vaksin akan menuduh segala kaedah ini adalah dari konspirasi Barat dan Yahudi. Tanda parut seperti itu adalah agenda jahat dengan meletakkan mikrocip dalam vaksin. Kemudian manusia akan dijadikan sebagai robot yang mengikut semua kemahuan ‘Dajal’ – tohmah mereka.

Padahal mereka lupa penyakit seperti Small Pox atau Cacar ini direkodkan dengan ekstensif oleh ahli perubatan Islam yang mahsyur seperti Muhammad Ibn Zakariya Al Razi yang menulis satu buku khas mengenai Cacar yang bertajuk al-Judari wa al-Hasbah, (A treatise on the Small-pox and Measles).

Hasil dari kajian perubatan Ibnu Al Razi inilah kaedah Veriolasi (Penanaman Cacar) terbina dan negara kita sudah pupus dari penyakit Cacar yang boleh meragut nyawa.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 2/12/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -