Majoriti Kerajaan PN sudah terbukti

- Advertisement -

MAKA berkatalah Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim:

“Kesimpulannya. Setakat hari ini sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih menjadi Perdana Menteri bermula pada 1 Mac 2020, beliau dan kerajaannya masih belum dapat membuktikan majoriti yang dituntut oleh Undang-undang Perlembagaan. Kerana itu keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN pimpinannya masih lagi dipersoalkan.”

Soalnya ialah benarkah apa yang didakwa, iaitu ‘sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih menjadi Perdana Menteri bermula pada 1 Mac 2020, beliau dan kerajaannya masih belum dapat membuktikan majoriti yang dituntut oleh Undang-undang Perlembagaan?’

- Advertisement -

Apakah Ahli Parlimen Pasir Gudang ini sudah lupa bahawa majoriti yang dimiliki oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah terbukti dalam undian belah bahagi bagi ‘Usul Mengosongkan Jawatan Tuan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat’ pada 13 Julai 2020?

Penyata Rasmi Parlimen pada 13 Julai 2020 merekodkan bahawa catatan undian belah bahagi bagi usul yang dibawa sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah:

(1) 111 undi menyokong.

(2) 109 undi menentang.

Dicampur pula dengan Dato’ Mohd Rashid Hasnon (Batu Pahat) selaku Timbalan Speaker yang tidak mengundi dan Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) yang tidak hadir maka sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah 113 undi.

Bukankah 113 undi ini adalah bukti jelas mengenai majoriti yang dipunyai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Parlimen dan bukankah kerana itu keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN pimpinannya sudah tidak boleh lagi dipersoalkan?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 2/12/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -