Entiti PAS WP dianugerah penghargaan HCTM UKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan antara yang telah dianugerahkan penghargaan atas sumbangan menangani pandemik COVID-19 kepada Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (HCTM UKM), baru-baru ini.

- Advertisement -

Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Khadijah Rashid telah hadir menerima sijil penghargaan disampaikan Pembantu Tadbir Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan HCTM UKM, Mohd Ridzuan Rosli, di sini kelmarin.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan bersama Khidmat Malaysia Wilayah Persekutuan telah menzahirkan sokongan kepada ‘frontliners’ hospital ini dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19 menerusi sumbangan ‘face shield’ yang dihasilkan.

Pengerusi Khidmat Malaysia Wilayah Persekutuan, Dr Rosni Adamdan juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan penghargaan itu satu pengiktirafan, dorongan dan hubungan berterusan pihaknya dengan HCTM UKM dan usaha menangani COVID-19.

“Kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran kepada para petugas dan sukarelawan yang terlibat dalam pembuatan ‘face shield’ ini, juga ‘frontliners’ yang berkorban masa dan tenaga bagi merawat dan membendung pandemik ini,” ujar beliau.

Antara usaha lain pihak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan dengan kerjasama Khidmat Malaysia tersebut bagi memastikan sumbangan berterusan dapat diberikan kepada ‘frontliners’ HCTM UKM adalah sedang menyiapkan set peralatan pelindungan diri (PPE). – HARAKAHDAILY 2/12/2020

- Advertisement -