Wayang PH tak laku, tiada undi belah bahagi

- Advertisement -

JANGKAAN saya tepat, tak ada MP pembangkang yang bangun untuk membolehkan undi belah bahagi bagi Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri hari ini. [1] 

Belanjawan 2021 untuk Kementerian Luar Negeri diluluskan di Peringkat Jawatankuasa dengan lebih suara bersetuju. Semalam kata nak buat undi belah bahagi untuk semua Kementerian? Nampaknya MP pembangkang sudah sedar bahawa ‘wayang’ mereka kini sudah tak laku. Ini apa yang berlaku semalam;

MP pembangkang bantah belanjawan untuk Jabatan Perdana Menteri. Keputusan selepas undi dikira, 105 undi menyokong, 95 tidak menyokong. [2] 

- Advertisement -

MP pembangkang bantah belanjawan untuk Kementerian Kewangan. Keputusan selepas undi dikira,106 undi menyokong, 95 tidak menyokong. [3] 

Sebab itulah saya gunakan tagline ‘Consistently Inconsistent’ bagi menyifatkan tindakan pembangkang mengusulkan undi belah bahagi di Dewan Rakyat semalam.

Semalam bukan main lagi Mat Sabu berteriak kata, ‘pembangkang akan minta undi belah bahagi bagi setiap kementerian dan biar kalah 27:0 pun tak apa’. 

Hahaha…. Tapi Abang Mat tak berada di Dewan Rakyat semasa memutuskan Belanjawan 2021 di Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Luar hari ini!

Dapat dilihat barisan hadapan blok pembangkang yang mempunyai 9 pemimpin utama PH, tengahari ini hanya Lim Guan Eng seorang saja yang hadir ketika memutuskan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Luar Negeri.

Saya perhatikan, apabila tiada undi belah bahagi sebaliknya diluluskan dengan lebih suara bersetuju, MP Jerlun DS Mukhriz Mahathir terus mengemas beg dan bergegas keluar Dewan. Apakah itu satu kebetulan? Pelik, pelik, pelik… 

Kebetulan juga, pada masa sama DS Najib Razak hadir dan berada di dalam Dewan Rakyat. Apakah kehadiran DS Najib menyebabkan PH mengubah strategi dan tidak lagi berani untuk meminta undi belah bahagi? Hanya pemimpin PH yang dapat menjawabnya! Semalam cakap lain, hari ini buat lain. Patutlah Manifesto PH pada PRU14 tidak ditunaikan kerana ‘Consistently Inconsistent’ adalah falsafah PH!

YB DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan – HARAKAHDAILY 1/12/2020

[1] https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1776054905895339/?d=n
[2] https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1775307982636698 
[3] https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1775365692630927

- Advertisement -