Tiada ban punca banjir berhampiran Sungai Pari

- Advertisement -

SAYA berkesempatan meninjau keadaan kawasan Sungai Pari yang menjadi antara punca berlakunya banjir di Desa Sri Chepor dan Chepor Dalam beberapa kali mutakhir ini. Turut hadir bersama saya adalah Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Syed Mohd Noor Hisam Syed Hassan dan Ketua PAS Zon Klebang, Ustaz Rosli Azizan serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Ahmad Abdul Ghani, wakil penduduk kampung, Shahbuddin Yeop Jana, Haji Ramli Bilan serta beberapa warga penduduk setempat.

Antara dapatan saya nyatakan selepas mendapat aduan disuarakan penduduk setempat dan luahan semua rumah-rumah mangsa banjir yang saya turun melawat. Juga saya sendiri turun ke tempat yang dikatakan menjadi punca utama banjir air Sungai Pari yang melimpah ke kawasan orang kampung, yang dikatakan punca berlakunya banjir. Puncanya adalah kerana ban sungai iaitu batas yang bersempadan dengan dataran banjir atau tebing sungai sudah tidak dapat lagi menampung aliran air sungai sehingga menyebabkan air naik tinggi ke permukaan darat. Selain itu, arus laluan sungai yang tidak lurus dan beralih arah kerana ‘tanjung’ yang tumbuh di laluan asal aliran sungai tersebut.

- Advertisement -

Saya berasa begitu terkesan dengan apa yang berlaku ini hingga menyebabkan banjir kilat agak teruk berlaku baru-baru ini sehingga air naik ke paras dada dalam beberapa buah rumah orang kampung dan saya sendiri menjadi saksi melihat keadaan tersebut dan banyak rumah rakyat rosak akibat banjir ini.

Apa yang diharapkan oleh penduduk adalah agar usaha untuk pembinaan kawasan ban-ban sungai yang rosak itu dipercepatkan. Selain itu, membersihkan ‘tanjung’ yang mengganggu laluan asal sungai tersebut dan menambak atau meletakkan batu dalam sangkar di kawasan yang berkaitan agar arus sungai mengalir lurus kembali seperti asal dan apa juga cara yang dirasakan perlu disegerakan pihak berwajib.

Antara point utama yang perlu diambil perhatian pihak berwajib adalah:

(1) Air sungai jelas melimpah di kawasan yang sudah tiada ban.

(2) Selain dari kawasan yang tiada ban air juga melimpah masuk di sebelah atas dari kawasan tersebut kerana ban telah di korek air dan pecah.

(3) Dalam tinjauan saya juga didapati ada sebuah excavator di sekitar kawasan tersebut.

Insya-Allah saya juga akan berusaha sebaik mungkin bagi membantu menyampaikan hasrat penduduk kepada pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini, ada lagi beberapa perkara yang saya dapati menjadi punca banjir yang melanda masyarakat di sini dan saya masih meniliti perkara tersebut. Semoga Allah membantu warga masyarakat kita dan pihak berwajib untuk menyelesaikan perkara ini.

USTAZ HAFEZ SABRI
Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Manjoi – HARAKAHDAILY 1/12/2020

- Advertisement -