Mangsa banjir di PPS disaring Covid-19

- Advertisement -

KOTA BHARU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalankan ujian saringan Covid-19 membabitkan 22 mangsa yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Tok Deh Rantau Panjang dekat sini.

- Advertisement -

Timbalan Pengarah JKM Kelantan, Siti Nor Hasma Mat Isa berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian garis panduan bagi pengurusan PPS semasa Covid-19.

Katanya, garis panduan yang dirangka Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu menjadi rujukan kepada semua agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi menyelamat.

“Bagi penempatan mangsa yang tidak bergejala, kita letak dalam satu ruang dengan khemah dijarakkan satu meter, tagging pengambilan makan, satu meter dan jalan keluar masuk.

“Saringan mula-mula masuk dan saringan setiap hari, pakaian perlindungan peribadi yang kita bekalkan kepada mangsa dan petugas di pusat pemindahan banjir,” katanya pada program bual bicara di KelantanTV, hari ini.

Nor Hasma berkata, JKM juga mengagihkan makanan secara bungkus kepada mangsa pemindahan banjir, tidak seperti sebelum ini makanan diagihkan secara gotong-royong. – HARAKAHDAILY 1/12/2020

- Advertisement -