Perkasa kembali industri koko di Sabah

Sentuhan Kasih Kinabatangan di Kampung Lot M
- Advertisement -

KINABATANGAN: Kerajaan akan memperkasakan kembali industri koko supaya menjadi komoditi penting seperti dahulu di Sabah.

Adun Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, semua pihak termasuk pekebun kecil koko perlu duduk bersama bagi meneliti bagi mengembalikan kegemilangan tersebut.

Katanya, kerajaan prihatin dan cakna terhadap masalah dihadapi pekebun-pekebun kecil yang sering berhadapan dengan serangan monyet terhadap tanaman mereka.

- Advertisement -

“Saya berjanji akan bertemu mata dengan pekebun-pekebun kecil koko untuk kita tengok dan dengar luahan mereka.

“Pelbagai cerita saya dengar, tetapi belum dapat berhadapan secara khusus,” katanya pada program Sentuhan Kasih Kinabatangan di Kampung Lot M, di sini, semalam.

Program itu dianjur NGO Sabah Relief dengan kerjasama PAS Kinabatangan.

Dr Aliakbar yang juga Pengerusi Lembaga Koko Malaysia berkata, kekangan yang dihadapi akibat pandemik Covid-19 menyukarkan gerak kerja bertemu pekebun bagi meningkatkan lagi industri koko di Sabah. – HARAKAHDAILY 30/11/2020

- Advertisement -