CSR, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai RM9.5 bilion

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato’ Seri Mustapa Mohamed. Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Projek Lebuh Raya Jalan Central Spine Road (CSR) dan Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Seri Mustapa Mohamed berkata, pembinaan jalan raya berkenaan dilulus dengan kos RM9.5 bilion.

Menurutnya, Projek CSR dibahagikan kepada lima pakej.

“Jajaran CSR yang sudah siap dan boleh digunakan dari Merapoh ke Kampung Seberang Jelai sepanjang 62 km iaitu 21 peratus daripada keseluruhan jajaran CSR.

- Advertisement -

“Sebahagian jajaran Kota Bharu-Kuala Krai yang sudah siap dan boleh digunakan dari Pasir Hor ke Ketereh sepanjang 13.85 km iaitu 20 peratus daripada keseluruhan jajaran jalan berkenaan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan anggota-anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Hanifa Ahmad dan Dato’ Azami Mohd Nor di sini, semalam.

Menurutnya jajaran kedua-dua jalan terbabit dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan terutamanya ketika waktu puncak, hujung minggu dan musim perayaan. – HARAKAHDAILY 30/11/2020

- Advertisement -