Banjir landa Tasek Gelugor, AMAL gerak operasi

TASEK GELUGOR: Berikutan hujan lebat yang berlarutan, beberapa kawasan dalam Daerah Tasek Gelugor dan Seberang Perai Utara telah terjejas akibat banjir pada kejadian sejak malam Sabtu, kelmarin.

Advertisement

Banyak kediaman yang terjejas teruk setelah paras air sungai utama dengan naik sangat mendadak antaranya melibatkan penempatan di Kampung Lahar Yooi, Chegar, Paya Tok Akil dan Labuh Banting, di sini.

Komandan Jabatan Amal (AMAL) Malaysia Tasek Gelugor, Mohd Nazrul Ali berkata, berikutan keadaan tersebut dan menggerakkan bantuan, pihaknya telah membuka Bilik Operasi Banjir di Balai Islam Merbau Kudong, di sini.

Menurut beliau, selain faktor hujan lebat, saliran air dan air pasang laut juga menyebabkan banjir tersebut di mana anggota AMAL telah membantu memindahkan mangsa dan membuat kerja-kerja pembersihan.

Maklum beliau, sehingga malam kelmarin, pihak berkuasa telah menempatkan mangsa-mangsa banjir dengan membuka Pusat Pemindahan Labuh Banting.

PAS Tasek Gelugor bersama sayap Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan telah menggerakkan gotong-royong penyediaan makanan sebagai juadah untuk keperluan mangsa-mangsa banjir sehingga hari ini.

Para dermawan yang ingin turut sama membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 07043-01000-5905 atas nama PAS Kawasan Tasek Gelugor. – HARAKAHDAILY 30/11/2020