Syarikat anak muda sumbangan alat kesihatan

- Advertisement -

KUALA NERUS: Bilik Kebajikan Tepoh telah menerima sebuah katil pesakit dua fungsi dan satu unit kerusi roda untuk diwakafkan buat mana-masa pesakit yang memerlukan dan tinggal dalam kawasan DUN Tepoh.

ADUN Tepoh, Ustaz Hishammuddin Abdul Karim berkata, sumbangan tersebut diterima pihaknya daripada Syarikat Armada Quest Global Sdn Bhd ini merupakan antara pembekal utama katil dan peralatan kesihatan.

- Advertisement -

“Ianya untuk diagihkan kepada masyarakat memerlukan di sini. Atas semangat keusahawanan yang tinggi, bukan sahaja mereka menjual, malah juga berkhidmat dengan menyumbang kembali buat golongan memerlukan.

“Saya mengambil peluang untuk mempelawa dermawan yang memiliki keupayaan untuk turut kita berkongsi kasih sayang bersama golongan yang memerlukan.

“Tidak terhad di Tepoh, malah semua Pusat Khidmat DUN di Terengganu melaksanakan agenda kebajikan ini. Hubungi sahaja wakil mereka. Untuk DUN Tepoh, hubungi kami pada bila-bila masa.

“Apa yang boleh dikongsi? Katil, kerusi roda, tongkat dan lain-lain peralatan. Semua ini berkongsi tangan selagi tidak berdepan kerosakan. Manakala barangan lain seperti lampin dan susu yang bersesuaian untuk rawatan juga menjadi tumpuan pesakit,” ujarnya.

Beliau mendoakan semoga Allah S.W.T limpahkan keberkatan dan membuka rezeki berterusan buat pemilik dan pekerja Armada Quest Global Sdn Bhd dan mengajak semua pihak mencontohi perniagaan anak-anak muda berbakat besar ini. – HARAKAHDAILY 29/11/2020

- Advertisement -