Sungai Golok lepasi paras bahaya, PPS dibuka

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kelantan berikutan peningkatan paras air Sungai Golok yang melepasi paras bahaya 9.41 meter.

Mengikut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga jam 11.13 pagi tadi, seramai 10 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh dekat sini.

- Advertisement -

Portal itu memaklumkan mereka dari dua buah keluarga yang terdiri dari tiga lelaki, tiga perempuan, seorang kanak-kanak lelaki, dua perempuan dan seorang bayi lelaki.

Sementara itu portal http://infobanjir.water.gov.my sehingga 1.40 tenghari tadi menunjukkan bacaan air sungai di Sungai Golok Rantau Panjang sudah melebih paras bahaya.

Bacaan terkininya ialah 9.41 meter melepasi paras bahaya iaitu 9.00 meter selain Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah sudah melepas paras waspada 12.00 meter. – HARAKAHDAILY 29/11/2020

- Advertisement -