Rakyat Malaysia dilantik promoter Muay Thai Thailand

- Advertisement -

KOTA BHARU: Presiden Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia (MFMP), Dato’ Sri Dr Mohd Fared Abdul Ghani menerima dua pengiktirafan tertinggi dari Persatuan Muay Thai Profesional Thailand baru baru ini.

- Advertisement -

Beliau dilantik sebagai Ketua Urusetia Muaythai Thai-Malay 4 Zon yang melibatkan 76 wilayah di Thailand.

Pada masa yang sama beliau turut dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Muaythai Wanita Profesional 14 Wilayah di Thailand.

Ketika ditemui Fared berkata, pelantikan itu merupakan penghargaan besar baginya selepas menjadi aktivis Muay Thai di Malaysia.

Beliau berkata pada masa yang sama, beliau merupakan rakyat Malaysia pertama menjadi promoter yang sering menganjurkan pertandingan besar di Thailand.

“Bagi mana-mana peninju di Malaysia atau dari luar negara ingin menyertai pertandingan di Thailand perlu mendapat kelulusan daripada pihaknya. Begitu juga peninju Thailand yang ingin ke Malaysia dan luar negara,” katanya di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 29/11/2020

- Advertisement -