Bunuh Fakhrizadeh jenayah terhadap dunia seluruhnya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pembunuhan saintis nuklear terkemuka Iran, Mohsen Fakhrizadeh adalah satu jenayah terhadap dunia sains dan kemanusiaan, demikian kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim.

Menurutnya, pembunuhan Al-Marhum Fakhrizadeh menunjukkan kehodohan dan tidak bertamadunnya mereka yang berada di sebalik perancangan jenayah itu di mana perbuatan terkutuk itu wajar menerima kecaman dunia.

- Advertisement -

Mohsen Fakhrizadeh antara saintis penting dalam pembangunan teknologi nuklear Iran yang dilaporkan terbunuh dalam satu serangan hendap ketika berada dalam keretanya di Tehran, awal pagi semalam waktu Malaysia.

Iran susulan dari pembunuhan tersebut tanpa teragak menyatakan ia didalangi Israel dan menyifatkan serangan itu sebagai tindakan bacul, namun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang pernah menyebut nama saintis itu menolak memberi reaksi.

Serangan ke atas Fakhrizadeh menjadi pembunuhan kedua ke atas tokoh penting Iran selepas tindakan sama berlaku terhadap Ketua Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC ) Al-Marhum Mejar Jeneral Qassem Soleimani.

Keganasan antarabangsa dan melampaui batas itu ekoran campurtangan pihak Amerika Syarikat dalam urusan dalaman di Timur Tengah yang mensasarkan Soleimani pada serangan di Baghdad, Iraq awal pagi 3 Januari lalu.

“Ia merosakkan usaha memupuk perdamaian dunia melalui diplomasi sains, hubungan multilateral yang mengajak negara-negara saling berhubungan dan berkongsi pengetahuan dan kepakaran demi menjadikan bumi dunia yang aman dan makmur.

“Dunia Islam pernah menyaksikan kitab kitab khazanah ilmu dimusnahkan dan para ilmuwan dibunuh oleh penjarahan Mongol di Kota Baghdad mengakibatkan kerugian besar kepada tamadun manusia,” ulas Amzad kesal dengan tragedi itu. – HARAKAHDAILY 29/11/2020

- Advertisement -