PAS Pekan giat santuni warga dengan ziarah kebajikan

- Advertisement -

PEKAN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Pekan konsisten menggerakkan rutin program kebajikannya setiap minggu walaupun negara masih berdepan pandemik COVID-19.

- Advertisement -

Usaha tanpa henti itu bertujuan untuk kemastikan nasib golongan kurang berkemampuan terus diberikan perhatian dan pembelaan sewajarnya lebih-lebih lagi ketika semua pihak berdepan kesukaran.

Yang DiPertua PAS Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf sendiri mengetuai ziarah mahabbah kali ini menyantuni ahli-ahli PAS yang diuji dengan masalah kesihatan di sekitar DUN Peramu Jaya, di sini kelmarin.

Antara dikunjungi tersebut adalah Mat Ali Abd Samad, Wan Zainuddin Wan Hassan dan Hamzah Abas di mana selain bertanya khabar dan perkembangan semasa tahap kesihatan, PAS Pekan juga menghulurjan sumbangan wang dan keperluan harian.

Turut serta dalam ziarah adalah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pekan, Ahmad Haron dan Bendahari PAS Pekan, Muhammad Naim Mohd Nor serta Ketua As-Sabiqun PAS Pekan, Madon Ahmad.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Pekan, Siti Hawa Mohamed turut mengharapkan inisiatif ini dapat meringankan beban kelangsungan hidup golongan tersebut.

Para dermawan yang ingin membantu usaha ini boleh salurkan ke akaun Maybank 5562 3530 4965 atas nama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pekan atau hubungi Ahmad di talian 013-923 0246. – HARAKAHDAILY 28/11/2020

- Advertisement -