Mengapa saya bersama PAS?

- Advertisement -

“Hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah.”
(Ali-Imran: 104)

- Advertisement -

Pasti akan terdetik, “Adakah aku anak muda tergolong dari puak yang disebutkan?”

Jika dilihat sejarah kebangkitan Islam, golongan muda yang menjadi benteng utama melawan musuh. Kebersamaan anak muda bersama jemaah Islam telah tercatat dalam sejarah sejak dahulu lagi seperti Saidina Ali, Sultan Muhamad al-Fateh, Imam Hassan al-Banna dan ramai lagi.

Begitu juga di Tanah Melayu mempunyai sejarah panjang perjuangan jemaah Islam dalam menentang kekufuran dan penglibatan ulamak dalam perjuangan Islam sejak Tanah Melayu menerima Islam pada abad ke-13.

Negeri Perak antara terawal mengembangkan PAS, terutama di sebelah Perak Utara dan juga Seberang Perai, Pulau Pinang. Antara faktor kerana kawasan tersebut subur dengan sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah pondok.

PAS juga berkembang di Kelantan oleh seorang ahli bomba iaitu Amaluddin Darus yang mula menubuhkan PAS Cawangan Pasir Mas. PAS semasa awal di tanah air ini masih berlegar dengan seruan jihad pendidikan. Sudah pastinya tidak janggal kerana pertubuhan sosial politik ini digerakkan oleh agamawan dan ulamak yang telah menguasai sekolah agama rakyat dan pondok.

Menurut penulisan Dr Riduan Mohammad Nor, perjuangan PAS pada tahun 1951 hingga 1955 merupakan fasa pertama, jemaah ini memberikan tumpuan kepada pendidikan Islam seperti mewujudkan jaringan sekolah agama rakyat, pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Kepimpinan PAS terus bersilih ganti bermula dari pendidikan yang berlatar belakangkan agama sehinggakan kedoktoran dan sebagainya.

Seperti zaman kepimpinan Dr Abbas Alias  telah mengorak langkah bagi memperkenalkan PAS kepada masyarat dan PAS mula didaftarkan sebagai parti politik pada tahun 1955 oleh Dr Abbas Alias.

Kini, PAS dipimpin oleh seorang ulamak yang pakar dalam bidang siyasah syariah, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sehingga beliau menjadi rujukan dunia.

Sedikit coretan sejarah PAS pada permulaanya. Tarikh bersejarah pada 24 November 1951, PAS berjaya ditubuhkan dan sehingga kini masih berdiri dengan membawa seruan Islam di Malaysia. Pegangan yang teguh dengan membawa agenda al-Quran dan Sunnah menjadikan PAS  hingga kini masih bertapak di Malaysia dengan izin-Nya.

Sejarah PAS yang mana penglibatannya terdiri dari kalangan ulamak, agamawan dan golongan profesional menjadikan PAS terus setia dipandu untuk untuk membawa agenda ini.

Seperti hadis Rasulullah S.A.W:

“Tiadalah sesat seseorang itu selagi dia tetap berpegang teguh dengan kitabullah dan Sunnah Rasul.”
(HR al-hakim)

Di dalam Al-Quran menegaskan lagi:

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.
(An’am: 153)

Pasang surut dalam menjalani bahtera politik, kebajikan, tarbiyah dan dakwah di Malaysia ini, menjadikan PAS antara badan politik tertua yang telah mengharunginya.

Semoga semua para pejuang yang bersama-sama dalam jemaah Islam ini istiqamah dan terus mara dalam mendepani arus dunia yang kian mencabar.

(Tulisan ini adalah sempena 69 tahun penubuhan PAS)

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

ADLIN ANUAR – HARAKAHDAILY 28/11/2020

- Advertisement -