Pemain tempatan perlu contohi kegigihan Maradona

- Advertisement -

PENGKALAN CHEPA: Skuad bola sepak negara termasuk Kelantan perlu melihat kehebatan lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona yang gigih berlatih sebelum beraksi.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kegigihan itu wajar dicontohi pemain bola sepak di negara ini sebelum muncul sebagai pemain terbaik peringkat dunia.

“Maradona antara pemain bola sepak yang saya suka tengok selain Pele.

“Maradona antara yang masyhur menjaring gol dengan tangan sahaja pun boleh kerana dia bersaiz kecil berbanding pemain lain, itu kelebihannya,” ujarnya di sini, semalam.

Beliau ditemui pada lawatan menemui penduduk di Dun Panchor.

Bekas pemain bola sepak terkenal dan pengurus Argentina, Diego Maradona meninggal dunia di kediamannya di Buenos Aires, semalam.

Pada awal November lepas, beliau dilapor menjalani pembedahan darah beku di otak kerana masalah alkohol.

Menurut Mohd Amar, Maradona seolah melupakan saiz badannya yang kecil sebaliknya beliau bermain dengan skil tersendiri melalui siri latihan yang dilakukan.

“Kehebatan mendiang sewajarnya menjadi panduan kepada pemain lain supaya jangan putus atas kekurangan diri yang ada pada kita.

“Kita cari jalan untuk atasi pihak lawan dengan kelebihan yang ada, sebab itu dia (Maradona) berlari seperti lipas untuk mengatasi pihak lawan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/11/2020

- Advertisement -