Kecaman MP PKR kepada lawannya kembali kepada diri

- Advertisement -

AGAK mengejutkan bila nama Hassan Abdul Karim, MP PKR Pasir Gudang, turut tersenarai sebagai salah seorang daripada 13 MP pembangkang, majoritinya adalah daripada PAN, yang bangkit menyokong undian belah bahagi untuk Bacaan Kedua Bajet 2021 semalam.

Mengejutkan kerana Bacaan Kedua Bajet 2021 ini mengandungi terlalu banyak peruntukan bagi membantu segala macam golongan rakyat yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 selain mengandungi beberapa penambahbaikan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Mengejutkan kerana Hassan Abdul Karim inilah juga yang menyerang MP-MP BN dan PAS yang meminta undian belah bahagi untuk Bajet 2020 Kerajaan PH di peringkat jawatankuasa untuk KPWKM pada 26 November 2019 dengan menyifatkan tindakan ini sebagai:

- Advertisement -

(1)          “Tidak beretika, politik yang bankrap dan tidak bermoral”,

(2)          “Tidak bertanggungjawab mendekati perbuatan anti-nasional”.

Kalau hanya sekadar meminta undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa pun sudah boleh beliau sifatkan sebagai tindakan ‘Tidak beretika, politik yang bankrap dan tidak bermoral’ serta ‘Tidak bertanggungjawab mendekati perbuatan anti-nasional’, maka apakah yang boleh kita gelarkan terhadap mereka yang meminta undian belah bahagi untuk keseluruhan bajet?

Kalau tujuan Hassan Abdul Karim bersama-sama 12 MP pembangkang yang bangkit menyokong undian belah bahagi untuk Bacaan Kedua Bajet 2021 semalam adalah untuk cuba jatuhkan Kerajaan PN, beliau sewajarnya tidak lupa peringatan beliau kepada MP-MP BN dan PAS dulu:

‘Kalau hendak jatuhkan Kerajaan PH bukan dengan cara serangan hendap yang memalukan itu. Tunggulah pada PRU ke-15 nanti.’

Peringatan sama juga wajar diberikan kepada MP-MP yang bertekad mahu menggagalkan undian Bajet 2021 di peringkat jawatankuasa dan di peringkat Bacaan Ketiga nanti:

‘Kalau hendak jatuhkan Kerajaan PN bukan dengan cara serangan hendap yang memalukan itu. Tunggulah pada PRU ke-15 nanti.’

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 2/10/2020

Rujukan:

(1) Komen Hassan Abdul Karim semalam: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1677420229095789&id=100004834847644

(2)          Komen Hassan Abdul Karim pada 29 November 2019: https://www.facebook.com/hassankarim2013/posts/3206623422697574

 PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -