Belanjawan lulus bila sentimen politik, parti diketepikan

PAS Negeri Johor berterima kasih kepada semua Ahli Parlimen PN dan pembangkang di atas kelulusan Bajet 2021. Muafakat demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat seperti yang ditunjukkan di Parlimen semalam membuktikan dalam hal terpenting seperti belanjawan semua orang wajib mengenepikan beda fahaman politik dan rentas parti.

Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) bawaan PAS kini semakin diterima dan mula dipraktikkan oleh lebih ramai ahli-ahli politik sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Kelulusan Bajet 2021 mencatat sejarah baru Parlimen Malaysia apabila kerajaan buat pertama kali bersedia mengubah sebahagian besar belanjawan yang telah dibentangkan lebih awal.

Advertisement

PAS Johor mengucapkan tahniah kepada PN kerajaan prihatin rakyat. Semoga kerajaan adil ini akan terus menerima rahmah dan barakah tanpa henti dari Yang Maha Kuasa.

“Kerajaan Prihatin Negara Sejahtera”

USTAZ HJ ABDULLAH HUSIN
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 27/11/2020