Yahudi, Israel dan Yahudi Israel (2)

YAHUDI meletakkan susur-galur keturunan di sebelah ibu. Mereka yang ibunya Yahudi akan terus menjadi Yahudi tetapi apabila lelaki Yahudi berkahwin dengan wanita bukan Yahudi, anak-anaknya bukan lagi Yahudi.

Apa pentingnya bergelar Yahudi? Yahudi membahagikan kelompok manusia kepada dua – Yahudi dan goy (goyim : plural) yang secara literal bermakna ‘bangsa’. Tetapi di Israel goyim digunakan untuk melabel kelompok ‘inferior’ yang bukan Yahudi.

Di Israel ada 3 jenis kad pengenalan, kad pengenalan untuk Yahudi Israel, kad pengenalan Arab Israel dan kad pengenalan penduduk Al-Quds. Kad pengenalan Yahudi Israel lebih power dari kad pengenalan Arab Israel.

Advertisement

Di sekolah Israel Pendidikan Bahasa Arab adalah wajib di peringkat rendah dan menengah dan mereka mempelajari kedua-dua bahasa rasmi dan bahasa pasar. Sedangkan di luar Israel Bahasa Hebrew sangat sedikit dipelajari malah di dalam Gaza sendiri tidak diajar.

Masyarakat ‘kayangan’ dan high-class di Israel ialah Yahudi Ashkenazi – Yahudi yang berpindah dari Eropah ke Israel dan yang selalu dianak tirikan ialah Yahudi Afrika. 

Ayah kepada Presiden Israel sekarang, Reuven Rivlin yang bernama Yosef Yoel Rivlin menterjemah keseluruhan al-Quran daripada Bahasa Arab ke Bahasa Hebrew pada tahun 1936. Yosef juga menulis buku bertajuk ‘Kehidupan Muhammad (S.A.W)’ pada tahun 1932. Bapa Presiden Israel itu. Kita nak baca Quran pun sangkut-sangkut, Sirah Nabi pun tak khatam macam mana nak lawan depa.

Sekian.

“Tak Kenal Nak Lawan Macam Mana”

NADIR AL-NURI – HARAKAHDAILY 26/11/2020