PLKN mampu lahir semangat patriotisme

- Advertisement -

KOTA BHARU: Alumni PLKN menyambut baik cadangan mewujudkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas ia dimansuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Pengerusi Alumni Program Latihan Khidmat Negara Kelantan Muhammad Afiqq Noh berkata, tindakan kerajaan PH memansuhkan PLKN amat merugikan.

- Advertisement -

Katanya, PLKN merupakan sebuah program khas bagi mengasah bakat-bakat dan melahirkan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.

“Saya juga berpendapat program tersebut tidak seharusnya dimansuhkan kerana mampu melahirkan peserta yang mempunyai semangat patriotisme serta menghormati budaya pelbagai kaum di negara ini,” ujarnya di sini.

Oleh itu katanya, langkah kerajaan untuk mengembalikan semula PLKN perlu disambut semua pihak terutama golongan belia.

“Platform itu mampu mendidik remaja ke arah yang lebih baik dan berintegriti,” katanya.

Baru-baru ini Menteri Pertahanan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata kerajaan bercadang mewujudkan semula PLKN selepas ia dimansuhkan kerajaan PH pada 2018.

Menurutnya program tersebut memberi kesan patriotisme dalam kalangan remaja yang menyertainya selepas tamat persekolahan. – HARAKAHDAILY 26/11/2020

- Advertisement -