PKPD di Sungai Seluang elak wabak menular

- Advertisement -

ALOR SETAR: Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan (PKPD) secara Pentadbiran (TEMCO) Mukim Sungai Seluang, Kulim akan berkuatkuasa mulai 27 November sehingga 10 Disember hadapan.

Penguatkuasaan tersebut dilaksanakan berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di daerah terbabit.

- Advertisement -

Pelaksanaan itu membabitkan 1,412 buah rumah melibatkan 6,000 penduduk di beberapa taman perumahan termasuk Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkong 1 dan 2, Taman Halia, Taman Cekur Manis, Taman Kobis, Taman Sawi dan Taman Seri Limau.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini menyatakan kemungkinan perintah kawalan itu dilaksanakan berikutan terdapat lebih dari 50 kes positif dari Kluster Bayam Indah dikesan.

“Memandangkan Kulim merupakan kawasan industri dan kepadatan penduduk hampir 329,000 orang, maka langkah itu amat bersesuaian untuk mengekang penularan wabak itu.

“Kita hendak elak berlaku seperti di Selangor, andai tidak cepat bertindak bimbang ia akan memberi kesan kepada 30,000 pekerja di kawasan industri terbabit,” katanya di sini, semalam. – HARAKAHDAILY 26/11/2020

- Advertisement -