Lulus belanjawan bukti Kerajaan PN bersifat terbuka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan tanpa undian belah bahagi bukti Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersifat terbuka, rasional dan bersedia memberi yang terbaik untuk kepentingan rakyat.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, belanjawan ini diluluskan setelah Kerajaan sudi mendengar pandangan rakyat termasuk Ahli-ahli Dewan Rakyat bagi menambahbaik Belanjawan 2021.

“Rakyat semakin bijak dan matang dalam berpolitik. Mereka bersuara untuk mendapatkan hak mereka, manakala Kerajaan mendengar dan mempertimbangkan, ini menunjukkan lunas demokrasi semakin baik,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Jelasnya, Kerajaan akan terus fokus kepada agenda mensejahterakan rakyat, memutuskan rantaian Covid-19 serta membaikpulih ekonomi negara.

“Masa untuk berpolitik sudah cukup, rakyat boleh menilai sendiri Ahli-ahli Parlimen yang menolak Belanjawan 2021 seperti daripada Parti Amanah dan Pejuang,” tambah Tuan Ibrahim.

Sebelum Belanjawan 2021 diluluskan, Dewan Rakyat bergema dengan suara-suara pihak pembangkang yang mempertikaikan bahawa Belanjawan 2021 seakan-akan tidak telus.

Namun, kata sepakat telah diperolehi apabila hampir keseluruhan Ahli Dewan Rakyat menyatakan tanda sokongan terhadap belanjawan tersebut. – HARAKAHDAILY 26/11/2020

- Advertisement -