Isu hakisan Pengkalan Maras dalam perhatian kerajaan

- Advertisement -

ISU hakisan di Pengkalan Maras telah seringkali saya bangkitkan di Dewan Rakyat. Isnin minggu lalu, saya telah sekali lagi memanjangkan kebimbangan rakyat di Parlimen Setiu berkenaan hakisan yang semakin kritikal di Pengkalan Maras kepada Menteri Kementerian Air dan Asli (KASA).

Saya telah meminta agar kerajaan meluluskan peruntukan darurat kerana projek pembinaan ‘nearshore breakwater’ mengambil masa yang panjang, sedangkan penduduk memerlukan langkah segera bagi menangani isu hakisan tersebut. Hal ini kerana hakisan di kawasan tersebut semakin membahayakan nyawa penduduk lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh. 

Oleh itu, pemakluman Menteri KASA kepada saya seusai sesi penggulungan untuk meluluskan peruntukan darurat yang bernilai RM800 ribu bagi menyelesaikan masalah hakisan tersebut amatlah melegakan penduduk setempat.

- Advertisement -

Perkara ini jelas menzahirkan kerajaan amat prihatin akan keperluan rakyat dengan segera meluluskan peruntukan darurat. Saya yakin usaha ini memberi manfaat yang amat besar kepada rakyat Setiu terutama penduduk di kawasan tersebut. 

Justeru, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas usaha kerajaan yang telah mengambil langkah proaktif dalam membantu rakyat. Saya berharap agar peruntukan tersebut dapat digunakan secepat mungkin agar nyawa rakyat tidak lagi dipertaruhkan. 

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 26/11/2020

- Advertisement -