Dun Tanjung Mas sedia 150 petugas banjir

Foto RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Seramai 150 petugas pangkalan hadapan disediakan untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir di Dun Tanjung Mas tahun ini.

Adun Tanjung, Mas Rohani Ibrahim berkata mereka terdiri dari penghulu mukim, Ameerah, Jabatan Amal, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda.

Advertisement

Katanya, mereka akan bertugas di sembilan mukim di Dun Tanjung Mas dan satu kumpulan lagi berkhidmat di Pusat Khidmat Adun Tanjung Mas di Berek 12.

“Seramai 15 orang dari setiap mukim bersiap sedia untuk membantu mangsa-mangsa banjir sekiranya ia berlaku tahun ini.

“Namun kita berdoa semoga banjir besar tidak berlaku sebagaimana sejak beberapa tahun ke belakangan ini,” katanya ketika ditemui semasa meninjau kerja-kerja membersih saluran air di Dun terbabit, semalam.

Beliau juga memberitahu sebanyak 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) disediakan untuk menempatkan mangsa banjir sekiranya perlu.

Menurutnya juga pada kebiasaannya daripada 13 PPS yang disediakan hanya empat sahaja digunakan. – HARAKAHDAILY 26/11/2020