DMPM ucap tahniah kepada Menteri Kewangan

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Abdul Aziz terhadap sokongan yang diperolehinya dalam Belanjawan 2021.

- Advertisement -

Ketua DMPM, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, peruntukan yang telah diluluskan itu akan benar-benar sampai kepada matlamat dan sasarannya seperti yang dihasratkan.

“Semoga setiap daripada kita perlu berusaha menjadi mata dan telinga kerajaan agar segala perancangan yang dirancang oleh kerajaan dapat berjalan dengan lancar,” ujarnya kepada Harakahdaily sejurus selepas Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau pada masa sama turut menyarankan agar rakyat tidak tiris kepada mana-mana pihak yang tidak sepatutnya.

Terdahulu, Parlimen telah meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) tanpa undian belah bahagi dengan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat menyatakan sokongan penuh terhadap belanjawan tersebut.

Walaupun bajet itu mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada segelintir Ahli Parlimen khususnya daripada Parti Amanah, Pejuang dan DAP, namun cubaan mereka gagal. – HARAKAHDAILY 26/11/2050

- Advertisement -