Tedung selar pilih rumah penduduk di musim tengkujuh

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Hujan lebat sehingga menyebabkan banjir bukan sahaja mengundang resah penduduk bersiap untuk berpindah, sebaliknya rumah mereka didatangi tetamu tidak diundang.

Kawasan rendah yang ditenggelami air menyebabkan spesis binatang berbisa termasuk ular mencari tempat perlindungan baru.

Baru-baru ini anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh menangkap tiga ekor ular spesis tedung selar (King Cobra) yang memasuki rumah penduduk.

- Advertisement -

Pegawai Memerintah APM Kapten Nik Mohd Nor Nik Mat berkata ketiga-tiga ekor ular itu sepanjang kira-kira tiga setengah meter dan seberat antara 7 hingga 10 kilogram bersembunyi atas rak kasut dan dapur ketika ditangkap pada 19 dan 22 November lepas.

“Dua ekor daripada jumlah itu ditangkap di Kampung Wakaf Lanas, Kampung Chengal Pulas dan Kampung Bukit Merbau,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurutnya juga dalam tempoh Januari sehingga November sebanyak 663 pelbagai jenis spesis ular berbisa berjaya ditangkap anggota APM yang terlatih dalam pengendalian menangkap binatang berbisa.

Kata beliau ia termasuk 16 ekor ular tedung selar sejak awal November sehingga sekarang. – HARAKAHDAILY 25/11/2020

- Advertisement -