Sokong Belanjawan 2021 tanpa kira parti

- Advertisement -

KANGAR: Kesepakatan tiga parti utama orang Melayu di negara ini yang merangkumi PAS, Umno dan Bersatu perlu dipertahankan demi kemaslahatan ummah.

Kesepaduan itu secara jelas menggerunkan musuh politik sama ada di dalam dan luar negara.

- Advertisement -

Mursyidul AM PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin berkata, pemimpin perlu sedar musuh tidak pernah tidur dan sentiasa mencari peluang dan ruang bagi menghancurkan perpaduan yang ada sekarang.

Katanya, kesepaduan itu perlu diterjemahkan dengan menyokong penuh Belanjawan 2021 supaya ia dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

“Kami berharap semua ahli Parlimen tanpa mengira parti dan bangsa menyokong Belanjawan 2021 bagi manfaat semua pihak.

“PAS akan menyokong penuh belanjawan tersebut dan rakan-rakan lain juga diharap dapat menyokong belanjawan 2021 kerana ia amat penting untuk rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Semalam menteri dan timbalan menteri BN berikrar memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Difahamkan esok akan berlaku pengundian Belanjawan 2021 di Parlimen sama ada dapat dilaksanakan bagi manfaat rakyat atau sebaliknya. – HARAKAHDAILY 25/11/2020

- Advertisement -