Polis arah 558 kenderaan berpatah balik

- Advertisement -

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengarahkan 558 kenderaan yang cuba memasuki negeri ini supaya patah balik kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.

Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya mengadakan 20 Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negeri kebanyakannya tertumpu di Machang dan Kuala Krai.

- Advertisement -

“Pada hari kelima PKPB ini kita menambah 20 sekatan dan sebanyak 558 kenderaan kita arah balik semula kerana tidak ada surat kebenaran dan alasan tidak munasabah.

“Ini menunjukkan kita begitu prihatin untuk menyekat penyebaran wabak Covid-19. Saya harap rakyat Kelantan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Beliau juga berkata sejak pelaksanaan PKPB, sebanyak 27 kompaun dikeluarkan atas kesalahan tidak Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan. – HARAKAHDAILY 25/11/2020

- Advertisement -