Persediaan PRU15: Daftar Siswa PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kelab Mahasiswa Penyokong PAS (Siswa PAS) menyeru anak-anak muda daripada mahasiswa mendaftarkan diri dengan Siswa PAS sebagai persediaan awal Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Pengerusinya, Hafizan Hechanova berkata, situasi dunia pada masa ini memerlukan keterlibatan anak muda dan juga mahasiswa dalam pentas dan dunia politik.

Justeru itu, beliau menyeru dan mengajak seluruh mahasiswa baik dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam mahupun Swasta bersama-sama menyertai Siswa PAS bagi menyahut seruan PRU15 yang semakin hampir.

- Advertisement -

Sementara itu, Ketua Siswi PAS, Hidayah Zakaria berpendapat bahawa tenaga mahasiswi perlu digembleng bagi mencapai kemenangan PRU15 melalui program lapangan bersama masyarakat.

Ia bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat mengenai PAS selain menunjukkan contoh teladan yang baik kepada rakyat.

Pendaftaran Siswa PAS boleh dibuat melalui isian borang di Google Form dan tiada bayaran dikenakan buat masa ini. –HARAKAHDAILY 25/11/2020

- Advertisement -