Era Kerajaan PH tiada peruntukan bina kuil

- Advertisement -

ALOR SETAR: Tuduhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah tidak menjaga hak kaum India tidak berasas sama sekali kata Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, kerajaan negeri komited membantu kaum tersebut sama ada sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan atau bantuan pasarana tertentu.

- Advertisement -

“Pelbagai bantuan disalurkan sama ada untuk membina dewan, sekolah, komuniti atau lain-lain.

“Tuduhan saya rasis tidak berasas sama sekali kerana saya bertindak mengikut undang-undang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini.

Baru-baru ini bekas anggota Exco kerajaan negeri S Summugam yang juga Adun Bukit Selambau membangkitkan tiada peruntukan untuk membina kuil di Kedah.

Muhammad Sanusi juga berkata, Adun terbabit diminta meneliti kembali peruntukan sama ada dari kerajaan pusat atau negeri sebelum ini untuk pembinaan kuil.

Malah katanya semasa Adun berkenaan menjadi Exco Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tiada peruntukan membina kuil yang dilulus. – HARAKAHDAILY 25/11/2020

- Advertisement -