Yahudi, Israel dan Yahudi Israel

- Advertisement -

BEBERAPA maklumat menarik mengenai Yahudi, Israel dan Yahudi Israel:

(1) Yahudi di seluruh dunia ada 13 juta orang.

(2) Penduduk ‘Israel’ (Palestin Dijajah) ada 9 juta orang. 7 juta daripadanya ialah Yahudi Israel dan selebihnya Arab Israel atau Palestin (2 juta orang).

(3) Yahudi adalah agama dan tak semua Yahudi adalah Zionis. Malah ada Yahudi yang kuat agama (dipanggil Haredim – yang biasa dilihat anti Israel, kau orang selalu nampak bertopi dan rambut palsu panjang di demonstrasi untuk Palestin) menolak penubuhan Israel dengan sebab mengikut ajaran Taurat belum sampai masanya untuk penghijrahan ke ‘Israel’ berlaku.

- Advertisement -

(4) Yahudi yang ada di Palestin Dijajah datang dari 150 buah negara berbeza jadi menyatukan mereka sangat sulit. Malah hanya sekitar 60 peratus sahaja boleh berbahasa Hebrew dengan baik.

(5) Agama Yahudi antara agama yang paling susah diamalkan. Kadar zakat mereka ialah 25 peratus (dalam Islam 2.5 peratus pun kita susah nak bayar), puasa mereka sehari sahaja dalam satu tahun tetapi panjangnya 25 jam berturut dan wanita Yahudi dilarang menyentuh kitab suci mereka – agama Yahudi hanya boleh dipelajari melalui pendengaran.

(6) Satu-satunya penduduk Malaysia di Palestin sedang mengikuti kursus Bahasa Hebrew kerana orang kata, tak kenal maka nak kalahkan macam mana. Ini juga tak menjadikannya lebih Yahudi dari Yahudi atau cuba mendukung agenda SOP ialah illuminati.

Sekian.

NADIR AL-NURI – HARAKAHDAILY 24/11/2020

- Advertisement -