SUKMA di Kelantan tunda 2026

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-22 yang dijadualkan berlangsung di Kelantan pada 2024 ditunda kepada tahun 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Wan Roslan Wan Hamat berkata, perkara itu dipersetujui menerusi satu mesyuarat secara dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican minggu lepas.

- Advertisement -

Katanya, keputusan itu turut dipersetujui oleh Majlis Sukan Negara (MSN) memandangkan wabak Covid-19 semakin mendadak sekarang.

“Keputusan itu juga dibuat untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan atlet,” katanya selepas majlis perasmian dan memperkenalkan Peserta Body Transformation Challenge 2020 di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di sini kelmarin.

Sempena program itu seramai 20 peserta termasuk lima daripadanya mewakili KIAS menyertai program tersebut. – HARAKAHDAILY 24/11/2020

- Advertisement -