Paras air sungai di Kelantan lepasi tahap waspada

- Advertisement -

KOTA BHARU: Paras air tiga sungai di Kelantan melepasi tahap waspada susulan hujan berterusan di beberapa kawasan sejak semalam. 

Menurut laporan infobanjir.water.gov.my, setakat 11 pagi hari ini, Sungai Kampung Lembaga di Gua Musang mencatatkan paras air 84.21 meter (m) berbanding paras normal 83.7 m.

Sungai Kuala Krai pula mencecah 20.46 m berbanding 20 m bacaan paras biasa manakala Sungai Pergau di Air Bol, Jeli merekodkan bacaan 72.27 m berbanding paras biasa 71.3 m.

- Advertisement -

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan, selain  Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang serta seluruh Negeri Terengganu hingga hari ini. – BERNAMA

- Advertisement -