Bangunan baharu YIK operasi awal tahun hadapan

Solat hajat sempena mesyuarat kali pertama Ahli Lembaga Pengarah YIK yang diadakan di bangunan baharu milik YIK. Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -


KOTA BHARU: Bangunan baharu pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan beroperasi secara rasmi pada awal tahun 2021.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kos pembinaan bangunan berkenaan berjumlah RM11 juta dan ia dibina berkonsepkan moden dan Islamik.

Jelasnya, berdasarkan apa yang dimaklumkan terhadap beliau, reka bentuk bangunan itu merupakan yang pertama dibina di Kelantan.

- Advertisement -

Reka bentuk ini tidak ada lagi dibuat di tempat lain,” ujarnya ketika ditemui selepas menunaikan solat hajat di bangunan berkenaan, hari ini.

Solat hajat diadakan sempena mesyuarat kali pertama Ahli Lembaga Pengarah YIK yang diadakan di bangunan itu, hari ini.

Menurut Amar lagi, pejabat YIK yang lama di Nilam Puri telah dipindah milik kepada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).

“Kerajaan membina bangunan baru itu dengan kos RM11 juta, yang dilengkapi masjid dan dua blok bangunan. Sekarang ini dalam proses pemindahan peralatan dan perabut,”ujarnya.

Beliau berharap, dengan perpindahan ke pejabat baharu itu nanti, ia akan menjadi suntikan motivasi kepada kakitangan YIK ketika menjalankan tugas.

Sambungnya, YIK mempunyai bahagian akademik, pengurusan dan kokurikulum di mana bahagian ini telah ditempatkan di bahagian masing-masing. – HARAKAHDAILY 24/11/2020

- Advertisement -