Rasuah dan arak, keduanya bahaya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Membandingkan kesan negatif minuman keras dengan korupsi bagaikan memaksa membuat perbandingan walhal kedua-duanya wajar dibanteras.

- Advertisement -

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman memberi perumpamaan sedemikian bagi membidas kenyataan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang rasuah lebih bahaya daripada meminum arak.

“Kenyataan Presiden Patriot, Mohamed Arshad Raji yang mahu membandingkan antara kesan negatif minuman keras dengan korupsi bagaikan ingin memaksa kita membuat pilihan antara membanteras gejala ragut dengan pengedaran dadah, walhal kedua-duanya wajar dibanteras sekali gus dalam waktu yang sama.

“Maka wujud pula persoalan saya kepada NGO ini adakah mereka mahu membiarkan arak bebas dijual di negara ini?

“Kenapa kes rasuah banglo yang digugurkan mantan Peguam Negara Tommy Thomas sewaktu kerajaan PH (Pakatan Harapan) dahulu mereka tidak bersuara?” soal Muhammad Faiz.

Beliau yang juga merupakan mantan Ketua Biro Integriti, Anti Rasuah dan Salah Guna Kuasa ARMADA Nasional menambah, umum mengetahui bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang rancak dalam usaha membanteras kegiatan rasuah di negara ini tanpa sekatan di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN). – HARAKAHDAILY 23/11/2020

- Advertisement -