Maksimum pemasaran makanan secara berpusat

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dianggap lebih agresif bagi memastikan rantaian bekalan dan pemasaran makanan secara berpusat dapat dimaksimumkan.

Pensyarah Fakulti Pengurusan Industri Universiti Malaysia Pahang, Prof Madya Dato’ Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussin berkata, pada Belanjawan 2021 kerajaan memberi keutamaan kepada aktiviti 3P iaitu pertanian, perikanan dan penternakan.

Katanya, di samping perbelanjaan yang diperuntuk bagi kategori 3P, aspek pelaksanaan perlu dirangka dengan lebih komprehensif.

- Advertisement -

“Perlu ada pelan pembangunan 3P secara bersepadu yang dirangka untuk mencapai objektifnya. Ia bagi memastikan setiap rakyat tidak terputus bekalan makanan sama ada dalam bentuk bantuan atau pembiayaan sediri.

“Membuka peluang untuk rakyat berdikari bagi merentasi zaman yang sulit mengikut skala potensi masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentang Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion termasuk memberi penekanan kepada industri makanan negara. – HARAKAHDAILY 23/11/2020

- Advertisement -