Kawal arak demi kesejahteraan masyarakat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyambut baik hasrat kerajaan menamatkan penjualan minuman keras di kedai runcit bermula Oktober tahun hadapan.

Timbalan Pengerusi DHPP Pusat, Lim Guan Seng berkata, pelaksanaan garis panduan Lesen Minum Keras (LMK) itu sangat baik bagi kesejahteraan hidup masyarakat pelbagai kaum.

Katanya, perkara itu dilaksanakan di Kelantan sejak awal 1990-an dengan mengawal penjualan minum keras walaupun mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama.

- Advertisement -

“Perkara itu sudah diamalkan di Kelantan sejak awal pentadbiran PAS di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, jadi tidak pelik kalau kerajaan hendak laksanakan di negeri-negeri lain.

“Kaedah pelaksanaannya boleh dijadikan Kelantan sebagai model untuk mengawal penjualan minum keras kepada rakyat pelbagai kaum dan agama,” katanya di sini.

Baru-baru ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan penjualan arak di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina mulai Oktober 2021. – HARAKAHDAILY 23/11/2020

- Advertisement -