JAM, YADIM dan NGO cakna mangsa banjir

KUALA LUMPUR: Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Amal Raub dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan, Madinah Prihatin bantu mangsa banjir membersihkan rumah di Kampung Lepar Dong, Pahang, pagi tadi.

Kerja-kerja membersihkan rumah penduduk yang terkesan diketuai Ustaz Mohd Shahrizan Md Esa dan dibantu Ketua Kampung Durian Sebatang, Fuad Samsudin bersama orang kampung berdekatan.

Dimaklumkan, aras air banjir mencecah 2 hingga ke 4 kaki dari aras lantai.

Advertisement

Antara rumah yang terlibat dalam misi pembersihan adalah rumah milik Mohd Fairos Abd Rahman, rumah Ibu kepada Fuad Samsudin, dan dua buah rumah penduduk kampung.

Sementara itu, kerugian setiap rumah dianggarkan mencecah RM 20,000 hingga RM 30,000 berdasarkan kerosakan harta benda yang terdiri daripada peralatan elektrik, perabot, pakaian, barangan dapur, bahan bacaan serta kelengkapan rumah yang lain.

Sumbangan untuk mangsa banjir boleh disalurkan melalui
Pertubuhan Majmak Dar as-Sakinah Prihatin (Pertubuhan Madinah Prihatin). – HARAKAHDAILY 23/11/2020