Adun terkejut NGO pertikai cadangan kawal arak

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

PASIR MAS: Banyak pihak terkejut kenyataan Presiden Patriot, Mohamed Arshad Raji tidak senang cadangan kerajaan memperluas larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka di seluruh negara tahun hadapan.

- Advertisement -

Adun Tendong, Rozi Muhamad berkata tidak sepatutnya seorang beragama Islam mempertikaikan cadangan kerajaan tersebut.

“Kenapa presiden NGO terbabit begitu tidak senang hati terhadap ura-ura kerajaan mengawal jualan arak yang berleluasa sekarang.

“Sebagai Muslim sepatutnya pemimpin NGO itu tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian. Sedangkan arak jelas diharamkan agama Islam,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam, Presiden NGO Patriot dilapor membidas kenyataan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Ahmad Marzuk Shaary mengenai kemungkinan kerajaan memperluaskan larangan jualan di kedai runcit di seluruh negara.

Rozi berkata, cadangan kerajaan melarang penjualan arak di kedai runcit bukan bermakna kerajaan mengabaikan rasuah, perbuatan rasuah juga dilarang keras agama.

Menurut Adun Semerak, Wan Hassan Ibrahim, sepatutnya semua orang Islam menyokong usaha kerajaan menangani penjualan arak secara berleluasa seperti yang berlaku sekarang.

“Di Kelantan, penjualan arak dikawal dan diberi lesen premis di lokasi yang ramai masyarakat bukan Islam sahaja,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/11/2020

- Advertisement -