Program ‘Trash to Cash’ dapat sambutan

- Advertisement -

PADANG BESAR: Program ‘Trash to Cash’ anjuran Dewan Pemuda PAS Padang Besar mendapat sambutan menggalakkan terutamanya dalam kalangan penduduk tempatan.

Program tersebut diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengamalkan amalan hidup bersih dan sihat di samping memelihara alam sekitar.

Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir berkata, program ‘Trash to Cash’ akan diadakan secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kitar semula serta kesannya terhadap alam sekitar.

- Advertisement -

“Islam sangat mementingkan soal penjagaan alam sekitar dan Allah SWT menciptakan manusia sebagai khalifah untuk mentadbir sekalian alam termasuk haiwan, tumbuhan dan alam sekitar dengan cara yang paling baik.

“Program ini juga mendapat kerjasama dari SWCorp iaitu sebuah syarikat yang menguruskan sisa pepejal di Perlis,” katanya ketila ditemui di sini hari ini.

Kesemua barangan kitar semula yang disumbang dikumpul di Kompleks Tarbiyah PAS Padang Besar (KOMTAR) sebelum diserah kepada SWCorp. – HARAKAHDAILY 21/11/2020

- Advertisement -